Friday, March 29, 2013

Kesemputan Akibat Dah Lama X Excercise

Phewww.....semput...semput..semput..
Arini balik lambat sebab tumpang Aisyah..beliau pinjam keta sebab ade hal *ade intervieuw ;) *
As usual lah...dier n Zuriah akan berbadminton dulu..
Aku saje turun sebab dah xtahu nak watpe..
Tengok pulak court sebelah kosong..ape lagi..pinjam selipar Iqbal & g main!!
Hahahaha...berlari-larian dengan memakai kurung!!
Not bad jugak..skill masih ade...hahaha *angkat bakul*
Now dah berpeluh-peluh & rimas...tunggu badan sejuk nak pegi tukar baju..
Nasib baik baju spare ade je tinggal dekat opis..
Minggu depan dah masuk April..aku pun dah memang nak start excercise semula..
So..today dikira panas badan lah kan..huhu....
Tangan still ketar2 sebab dah lama x pegang raket...
Insyallah..next week..operasi slim melim akan start!!

**Esok pegi Pahang lagi..kali ni team building pulak...hope enjoy nanti..**

Tuesday, March 26, 2013

Saya Sihat


This picture was taken yesterday...
Damn..
Baru sedar diri ini telah menjadi terlalu bulat!!
Masuk je 2013..aku tinggalkan jogging & badminton..No wonder la kan aku jadi semakin sihat.. -_-"
Sekarang pun aku rajin keluar n beliau..lagi la asyik nak makan aje.. *tp beliau x gemuk2 pun!*
Opismate pun dah tegur..asal makin sihat & marah nape dah x join badminton..alasan gantung raket buat sementare waktu..hihi..
Bila bagitau dekat beliau "yang..gemuknye!!" jawapan yg ringkas tetapi mendalam.."xtau..xtau" yela..malas nak komen banyak2 sebab nanti aku yg sentap balik kan..
Tapi pagi semalam masa aku beli bekpes dekat cafe..jumpa dgn akak keje PLUS "eh..lame dah x jumpa..dah kurus la sekarng"..haisshh..akak ni perli aku ke..memang ikhlas nak bgtau..haha..
Bile tengok gambo ni..memang aku kena lakukan sesuatu!!

**Bulan depan start diet + exercise semula..yeeaayyy!!!**

Saturday, March 23, 2013

Susahkah Nak Minta Pertolongan?

"Aku xnk menyusahkan orang" - ok fine..aku paham..tapi kite ni perempuan..sesetengah benda tu memang kite perlu minta tolong dgn orang.
Kadang-kadang..penin layan org camni..tapi atas dasar kasihan..aku terpaksa mengalah & meng'offer'kan diri untuk hulurkan bantuan.
Memang sekarang ni aku lebih buat hal sendiri...berbanding dengan rakan-rakan..salah satu sebab pasal benda macam ni la.
Aku x kejam..kalau orang minta bantuan aku akan tolong selagi mampu.
Sebab aku memahami..nak pulak mereka ini kawan & kaum sejenis aku.
Tak salah menunjukkan keberanian & standing alone sebab xnak menyusahkan orang...tapi kadang2 perlu la berfikir jugak..
Dengan aku senang je - orang buar baik dgn kite..kite balas kebaikan jugak. :)
Buat masa ni..aku elak untuk rapat dengan mana2 rakan.. (dlm erti kata lain - no more bff)
Serik pun ade..
Bff aku skrg x lain x bukan Cik Pepel..hihi..

**esok ada majlis besar-besaran dgn PM..malasnya nk pegi..tapi fikirkan itu tanggungjawab & berkhidmat utk negara...terpaksa la buang rasa kemalasan itu...huhu..**

Tuesday, March 19, 2013

Zzzz..Zzzzz..

Hari mengantuk + malas bekerja..kerajinan di tahap kritikal..
Arrrggghhhhh.....
Minggu ni mengadap jem..jem..jem...penatnye...dtg awal jem..dtg lmbt pun jem... *speechless*
Petang2 ni lg la lemau...haihhhh...

Monday, March 18, 2013

Red Velvet Cake..Nyummiihh

nampak best kan...


Duk belek2 IG membe..dier post red velvet cake..teringinnye...mse pegi pasar malam Puncak Alam aritu dah teringin..tp takut beli nnti x mkn plak sbb dh beli makanan macam2..
Sekarang ni teringin balik..huhu...tunggu gaji la cik enni oiii...
Saje tgk dalam google..jumpa la website ni www.venusbuzz.com , ajar cara-cara nak buat kek & tempat yg boleh dicari kalau nk makan terus.
Bawah ni ada 5 tempat yg paling orang selalu pergi utk kek baldu merah ni..


1. The Daily Grind, Bangsar Village

LG 8 Lower Ground, Bangsar Village, 1 Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 591000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Open: Everyday 11:00am-11:00pm

Telephone: +60 3 2287 6708


2. Espressamente Illy, Pavilion

Level 3, Pavilion KL, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Open: Everyday 9:00am-12.00midnight

Telephone: +603 2141 0028


3. Bisou Bake Shop, Bangsar Village 1 -- biasa dengo kedai kek ni & banyak branch 

F-30 First Floor, Bangsar Village 1, Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Open : Everyday 10:00am-10:00pm

Telephone: +60 32287 3535


4. Upstairs Cafe, Subang Jaya

1st Floor, 12A, Jalan SS12/18, Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Open: 3:00pm-11:00pm ( Monday – Saturday )

: Closed on Sundays

Telephone: +603 5611 9171


5. Hummingbirds Coffee Bar, Bangsar Telawi

21, GF, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.

Open: 11:00am-10:00pm ( Monday-Thursday )

: 11:00am-12:00midnight ( Fri & Sat )

: 11:00am-11:00pm ( Sunday )

Telephone: +603 2201 5889



Saturday, March 16, 2013

reunion with ex moa geng

okeh..skg aku ade dkt suria hill..sempena reunion geng2 tpt keje lama dulu.td wat sukaneka..ok la..sume hepi. Yg dtg pn rmi gak.kbykn diorg ni pas aku tkr keje mmg x jmpe lgsg da.msg2 semakin membesor..hihi..aku duk sebilik n tunang sepuk..comei je orgnye...japgi de brbeque then diorg nk karok..lyn kan aje.. :)
bru nk upload gambo..tp ssh plak pkibfon..huhu..sok pg mau terjun sungai..yeehaa...

**asik mkn je duk cni..mengah perot aku..haiisshh

Friday, March 15, 2013

Password Anda, Selamatkah?

Aku terbaca entri pasal ni dekat sebuah blog mengenai cara-cara mengetahui password kita adalah lemah, sederhana atau kuat!
Fuh..
Aku dah test..password yg biasa aku pakai untuk pelbagai urusan rasmi n x rasmi sememangnya kategori lemah..adooiiiyaaiii...
Aku try pula password kwsp (sangat leceh sbb password dier ssh nk ingat)..kategori strong rupenye! hoho..
Okeh...ini link dier...boleh try nanti..

https://www.microsoft.com/security/pc-security/password-checker.aspx


** kami share password yg sama.. :)

Berkecil Hati?? Elakkan..


Pernahkah anda merasa berkecil hati kepada seseorang? Suatu soalan yang sememangnya tidak harus dilontarkan di sini. Seorang yang dikatakan lahir sebagai manusia normal seharusnya punya rasa ini. Bukan namanya manusia kalau tidak pernah berkecil hati.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula yang bergelar status manusia. Makhluk yang dilimpahi dengan berencam rasa dan emosi. Antara rakan dan taulan, saudara-mara atau pun adik-beradik sudah tentunya lagi. Pokoknya di sini, mengapa mesti berkecil hati?
Pelbagai teori boleh dijelaskan di sini demi merungkai satu-persatu psikologi manusia yang sering dan mudah untuk merasa berkecil hati. Jelasnya, tidak semua manusia mudah untuk berkecil hati. Ada orang begitu selamba sahaja walaupun ditimpa pelbagai cemuhan dan perkara yang menyakitkan hati.
Ada pula yang baru sahaja tidak diberikan perhatian, baru sahaja dipinggirkan oleh rakan sudah memuncungkan mulut sedepa, berkecil hati tidak sudah-sudah. Ya, mengkaji sejauh mana tahap perasaan manusia normal untuk berkecil hati ini memang menarik, walaupun kekadang itu terlalu sukar untuk ditafsirkan.
Kepada mereka yang mudah sangat berkecil hati itu, selalulah anggap bahawa setiap yang berlaku itu sekadar mainan hidup. Kalau susah sangat pun hendak menerimanya, anggap sahaja itu datangnya dari Allah. Bukankah Dia yang empunya alam ini. Kita cuma peminjamnya sahaja. Mengapa hendak cuba membentak setiap aturanNya?
Sesungguhnya pada setiap orang ada dua malaikat yang menjaganya. Namun, bila takdir telah datang, kedua malaikat itu tidak mampu berbuat apa-apa, hanya mengikut takdir itu. (Ali bin Abi Talib)
Ramai antara kita yang cepat sangat untuk berkecil hati. Ya, itu memang tidak salah. Berkecil hati juga kekadang itu perlu untuk melayan rasa ketidakpuasan hati yang membuar-buar di dada. Jika tidak dikecilkan hati itu, pasti sahaja benda lebih buruk bakal berlaku. Gelombang Tsunami kedua barangkali. Berkecil hati itu bukankah juga salah satu daripada sifat normal seorang manusia. Jadi, biasalah kalau anda juga punya rasa kecil hati.
Kadang-kadang orang mudah berkecil hati lantaran nilai ‘privacy’ mereka diceroboh. Ya, dalam situasi dan hal ini, amatlah perlu untuk anda merasakan marah, benci dan geram. Berkecil hati sudah tentulah bukan. Nasihat ikhlas daripada saya, apabila ini berlaku kepada anda, jangan cukup sekadar berkecil hati, tetapi zahirkanlah rasa anda itu kepada mereka. Katakan sahaja, “Aku tak suka kau masuk tahu hal privacy aku. Aku kecik hati tau, tak suka!!!” Ha, kan senang. Lepas semua yang ada di dalam dada itu.
p/s : Semoga yang membaca mendapat manfaat. Jangan mudah berkecil hati. Dan kalau hendak sangat pun berkecil hati, pastikan ada nanti yang datang memujuk… ^_^

** Sejak dua menjak ni..ade jugak berkecil hati dengan orang sekeliling..mungkin benda ini terjadi akibat dari diri sendiri..manelah tau kan..buat masa ni..ambil tindakan dengan tidak pedulikan hal sekeliling..ambil tahu hal sendiri je..itu mungkin lebih baik.. :) 
Sumber ambil di sini

Thursday, March 14, 2013

Jangan Buat 30 Benda Ini Lagiii!!!!!



Maria Robison pernah berkata, ” Tiada sesiapapun boleh berundur kembali ke masa lepas dan memulakan kehidupan baru, tetapi sesiapapun boleh memulakannya hari ini dan membuat kesudahan yang baru.”
Berhenti menghabiskan masa dengan orang-orang yang salah. – Hidup ini terlalu singkat untuk menghabiskan masa dengan orang-orang yang seperti ini. Jika seseorang mahu anda dalam kehidupan mereka, mereka akan memberi ruang untuk anda. Anda tidak perlu berjuang untuk mendapatkannya. Pernah, pernah menegaskan diri kepada seseorang yang sentiasa menghadap bernilai. Ingat, orang yang berada di tepi anda ketika anda senang adalah musuh anda tetapi orang yang berada di tepi anda ketika susah adalah sahabat anda.
 
Berhenti lari dari masalah anda. – Semua orang di dunia ini tidak mudah untuk menahan tumbukan dari orang lain tetapi bagaimana untuk kita mengatasinya? adakah hanya sekadar mengelakkan diri hingga akhir? Pasti ada cara untuk menahan tumbukan dengan cara yang bijak. Jadi berhenti lari dari masalah kerana setiap permasalahan merupakan pengujian terhadap kemantangan kita.
 
Berhenti menipu diri sendiri. – Anda boleh berbohong kepada sesiapa sahaja di dunia, tetapi anda tidak boleh berbohong kepada diri sendiri. Dalam kehidupan kita mempelajari memperbaiki hanya apabila kita ada peluang, dan peluang yang pertama dan yang paling sukar yang boleh kita ambil adalah untuk menjadi jujur dengan diri kita sendiri. 
 
Berhenti meletakkan keperluan diri anda di belakang. – Perkara yang paling menyakitkan adalah jika anda hilang arah, hilang tujuan hidup dalam proses mencintai seseorang melampau! dan lupa yang diri anda juga istimewa. Ya, tolong orang lain; tetapi tolong diri anda juga. Jika tiba masa anda ada sesuatu perkara yang ingin anda lakukan dan perkara yang membawa kebaikan untuk diri anda, kinilah masanya!
 
Berhenti cuba untuk menjadi seseorang yang anda tidak boleh jadi. - Salah satu cabaran terbesar dalam kehidupan di dunia ini ialah cuba untuk membuat diri anda seperti orang lain. Seseorang akan sentiasa menjadi lebih cantik, seseorang itu akan sentiasa menjadi lebih bijak, seseorang akan sentiasa menjadi lebih muda, tetapi mereka tidak akan menjadi seperti anda. Jangan mengubah supaya orang akan suka anda. Jadilah diri sendiri dan orang yang ikhlas akan menyukai diri sebenar anda.
 
Berhenti bergantung pada masa lalu. – Anda tidak akan dapat memulakan episod baru sekiranya anda asyik melihat berulang kali episod lama
 
Berhenti menjadi takut untuk membuat kesilapan. - Melakukan sesuatu dan mendapat kesalahan sekurang-kurangnya sepuluh kali lebih bagus daripada tidak melakukan apa-apa. Setiap kejayaan mempunyai kegagalannya dan setiap kegagalan akan menuju ke arah kejayaan. 
 
Berhenti menilai diri dengan kesilapan lalu. – Anda mungkin cinta orang yang salah, menangis perkara yang salah, walau macam mana pun benda jadi salah, yang pasti, kesalahan membantu kita ke arah perkara dan orang yang betul. Manusia, semua buat kesilapan, ada perjuangan, dan juga ada penyesalan tentang yang lalu. Tetapi anda bukan kesalahan anda, anda bukan perjuangan anda, anda di sini SEKARANG dengan kuasa untuk membentuk hari dan masa depan anda. Setiap benda yang berlaku terhadap diri anda adalah penyediaan anda untuk masa yang akan datang.
 
Berhenti cuba untuk membeli kebahagiaan. – Banyak perkara yang kita inginkan adalah mahal. Tetapi hakikatnya, perkara-perkara yang benar-benar memuaskan kita benar-benar bebas – cinta, ketawa dan bekerja dengan gembira.
 
Berhenti melihat orang lain untuk kebahagiaan. - Jika anda tidak gembira dengan siapa yang anda berada di sekeliling anda, anda tidak akan gembira dalam hubungan jangka masa panjang dengan sesiapa pun. Anda perlu untuk mewujudkan kestabilan dalam kehidupan anda sendiri terlebih dahulu sebelum anda boleh berkongsi dengan orang lain.
 
Berhenti jadikan diri anda terbiar. - Jangan berfikir terlalu banyak atau anda akan mewujudkan satu masalah yang tidak ada di tempat pertama. Menilai situasi dan mengambil tindakan tegas. Anda tidak boleh mengubah apa yang anda tidak mahu kerana meningkatkan kemajuan adalah melibatkan risiko.
 
Berhenti pemikiran anda yang selalu tidak bersedia. - Tiada siapa yang pernah merasakan 100% bersedia apabila peluang timbul. Kerana peluang yang paling besar dalam kehidupan akan memaksa kita untuk berkembang dengan lebih maju.
 
Berhenti terlibat dalam hubungan untuk sebab-sebab yang salah. - Hubungan mesti dipilih dengan bijak. Ia adalah lebih baik untuk bersendirian daripada berada dalam kumpulan yang buruk. Tidak perlu tergesa-gesa. Jika anda berniat baik, pasti akan di balas dengan baik.
 
Berhenti menolak hubungan baru hanya kerana yang lama berjalan dengan baik. - Dalam kehidupan, anda akan menyedari bahawa terdapat tujuan untuk setiap orang yang anda jumpai. Sesetengah akan menguji kamu, sesetengah akan menggunakan anda dan ada yang akan mengajar anda. Tetapi yang paling penting, ada yang akan membawa jalan keluar yang terbaik untuk diri anda.
 
Berhenti cuba untuk bersaing dengan orang lain. - Jangan bimbang tentang apa yang orang lain lakukan walaupun ianya lebih baik daripada anda. Tumpukan sahaja dengan mengalahkan rekod anda sendiri setiap hari. Kejayaan adalah pertempuran antara ANDA dan DIRI sahaja.
 
Berhenti cemburu dengan orang lain. - Cemburu merupakan satu sifat yang kurang elok yang boleh mengundang bahaya sekiranya tidak pandai mengawalnya. Cemburu sikit-sikit bolehlah. Jangan sampai memudaratkan diri dan orang lain.
 
Berhenti mengadu tentang diri sendiri. - Semua orang pasti ada kelemahan diri. Walaupun kita tidak dapat menjadi seperti orang kaya atau berjaya, percayalah, sebenarnya diri kita adalah yang paling terbaik.
 
Berhenti  berdendam. - Jangan hidup dengan kebencian ada di dalam hati anda. Anda akan berakhir sehingga mencederakan diri sendiri lebih daripada orang yang anda benci. Pengampunan adalah jawapannya … mari mencari kedamaian, bebaskan diri sendiri! Dan ingat, keampunan tidak hanya untuk orang lain, ia adalah untuk anda juga.
 
Berhenti membiarkan orang lain membawa anda ke tahap mereka. - Jangan asyik menjaga hati orang lain sedangkan hati sendiri tidak terjaga.
 
Berhenti membuang masa menerangkan diri anda kepada orang lain. - Kawan-kawan anda tidak memerlukannya dan musuh anda tidak akan percaya juga. Hanya melakukan apa yang anda tahu di dalam hati anda sudah memadai.
 
Berhenti melakukan sesuatu yang sama berulang-ulang kali tanpa rehat. - Masa untuk tarik nafas ketika anda tidak ada masa untuknya. Kalau anda kerap melakukan sesuatu yang anda selalu melakukan, anda selalu dapat apa yang anda ingini. Kadangkala, anda perlu jauhkan diri anda dari melihat sesuatu dengan jelas.
 
Berhenti melupakan kenangan detik-detik kecil. - Nikmati perkara-perkara kecil, kerana satu hari jika anda teringatkannya, ia boleh menjadi perkara yang sangat besar dalam kenangan anda. Bahagian terbaik dalam hidup anda ialah kenangan yang kecil, ingat kembali detik-detik kecil anda tersenyum dengan orang yang anda bahagia.
 
Berhenti cuba untuk membuat perkara yang sempurna. - Di Dunia ini tidak ada ganjaran yang sempurna tetapi balasannya adalah baik jika anda lakukannya dengan ikhlas.
 
Berhenti mengikuti jalan yang kurang rintangan. - Hidup tidak mudah, terutama apabila anda merancang untuk mencapai sesuatu yang berfaedah. Jangan mengambil jalan yang mudah. Adakan sesuatu yang luar biasa.
 
Berhenti bertindak seperti segala-galanya adalah baik tapi ianya tidak. - Ia okay untuk jatuh selain untuk seketika. Anda tidak perlu sentiasa berpura-pura untuk menjadi kuat, dan tidak ada kekuatan untuk sentiasa membuktikan bahawa segala-galanya akan baik. Anda tidak perlu bimbang dengan apa yang orang lain sedang pikirkan – menangis jika anda perlu – ia sihat untuk menitiskan air mata anda. Lebih cepat anda lakukan, lebih cepat anda akan tersenyum lagi.
 
Berhenti menyalahkan orang lain dalam masalah anda. - Sejauh mana anda boleh mencapai impian anda? ia hanya bergantung kepada sejauh mana anda memikull tanggungjawab dalam hidup anda. Apabila anda menyalahkan orang lain atas apa yang anda lalui, anda menafikan tanggungjawab anda.
 
Berhenti cuba untuk menjadi segala-galanya kepada semua orang. - Berbuat demikian adalah mustahil, dan ia hanya akan membakar diri anda. Tetapi membuat seseorang tersenyum BOLEH mengubah dunia ini. Mungkin tidak seluruh dunia, tetapi dunia mereka.
 
Berhenti bimbang banyak sangat. - Jangan asyik berasa bimbang sahaja, kita tidak pasti bila ia akan berlaku. Tumpukan perkara yang ada di depan mata.
 
Berhenti memberi tumpuan kepada apa yang anda tidak mahu berlaku. – Fokus kepada apa yang anda mahu berlaku. Letakkan pemikiran positif  di barisan hadapan dan setiap kisah itu adalah kejayaan yang sangat besar. Jika anda bangun setiap pagi dengan pemikiran bahawa sesuatu yang indah akan berlaku dalam hidup anda hari ini, dan anda memberi perhatian teliti, anda sering akan mendapati bahawa anda adalah betul.

Berhenti yang tidak bersyukur. – Tidak kira bagaimana baik atau buruknya keadaan anda, bangun setiap hari dan bersyukur dengan kehidupan anda. Ada Seseorang di tempat lain yang lebih susah dan sedaya upaya berjuang untuk diri mereka. 

** peringatan untuk diri sendiri jua.. (: 

Saya ambil kata2 ni dari sini

Blog Review - Impian TamTam

Nak share..Impian TamTam..ditubuhkan pada tahun lepas..
Buat masa ini membuat urusan jual beli kereta & barang kereta jenama Proride..
Jika berminat boleh tengok page ni & contact terus dengan tokeh.. :)

http://impiantamtam.blogspot.com/



Layan~

1/4 of 2013

Mac hampir separuh sudah berlalu..kejap je mase berjalan.
Bg aku..permulaan bg tahun ini x semanis yg diharapkan..terlalu banyak suka duka & dugaan yg aku harungi.
Percintaan..Kewangan..Persahabatan..Keluarga..Ekonomi..Perhubungan..Kerjaya..Semua berkait rapat..
Kadang-kadang terasa penat...hampir juga ingin pergi dari dunia ini..tetapi ada yg menghalang utk aku berbuat demikian..
Terima kasih kekasih..aku anggap semua ini dugaan untuk kita bina hidup bersama.
Jodoh? Aku harap ianya berkekalan seperti yang diharapkan sebelum ini.
Jika tiada, akan ku persiapkan kubu ketahanan aku supaya aku kuat & boleh terima segala kenyataan.
Kadang-kadang melakukan perkara yg bodoh itu boleh menyedarkan kita dunia yg nyata..
Berpijak pada bumi yg nyata.
Jangan terlalu berangan kisah hidup sentiasa di dalam kegembiraan.
Kadangkala ada pahitnya...supaya kita sabar & kuat utk tempuhi cabaran pada masa akan datang.
Aku berharap penderitaan aku ini akan berakhir..aku cuba kuatkan diri supaya boleh menerima sebarang kemungkinan.
Aku percaya pada ketentuanMu..aku yakin..ini semua dugaan untuk meyakinkan aku siapa yg harus aku pilih.
Aku cuba lari darinya..tapi Engkau mendekatkan aku kepadanya..
Adakah itu petunjuk supaya aku menerimanya? Mungkin..
Tak mustahil boleh terjadi..
Harapan..semoga hari ini lebih baik dari semalam..


** Ambil keputusan untuk menyepi di FB..Tweet..Instagram..mungkin sehingga aku 'pulih' **