Monday, September 30, 2013

Beauty Comes In All Shapes & Sizes


X kesah la saiz badan anda S ke....XXL ke...jika kasih sayang tu ikhlas & sejati..insyaallah..bahagia selamanya. Kan?
Anugerah Tuhan..hanya perlu menjaga dengan sebaik mungkin..x perlu cantik untuk tunjukkan kasih sayang kita..
Cantik itu hanyalah sementara..Cinta berdasarkan kecantikan paras rupa/tubuh badan memang x akan kekal lama..
Percaya pada Allah..jodoh itu telah ditetapkan..cuma bagaimana / bila kita berjumpa...bergantung kepada keadaan diri kita..
Jangan ingat yang cantik itu untuk si tampan sahaja.. :)
Percaya diri sendiri..kita tahu siapa diri kita sebenarnya..bukan orang lain ye!!

Monday, September 23, 2013

Today Is Monday = My Lazy Day

Hari Senin je..mesti malas nk kerja kan...yela...bila dh cuti tu..bermalas-malasan & kena bangun awal.
Ikutkan hati nak je sambung tido.
Cuti kali ni memang duk terperuk je dalam umah melayan tv..selalunya keluar...tapi rasa malas..
Nak kuar sorang-sorang memang x la..beliau pun sibuk..malas nk kaco..
Duduk rumah buat kerja rumah...ok jugak tu..at least xde la duduk bermalas-malasan saje..
Setiap kali Isnin gak...mesti jalan akan jem...
Tapi hari ni memang agak teruk..opis punye la dekat...lebih 1/2 jam baru dapat sampai..
Kesesakan lalulintas dekat sini memang x boleh dijangka..selalunya penyebab jem x lain x bukan eksiden..
Tapi kalau Isnin rasa2 dah boleh jangka..semua bangun lewat! hihi..
Sampai je opis nak start keje pun amik masa..
Ok la..sambung buat keje...

** Ngantuk...tido asyik terganggu..nape lah ye..kadang2 je boleh lena.. -_-

Tuesday, September 17, 2013

Thursday, September 12, 2013

Sempurnakah Kita?


Hidup ini saling melengkapi antara satu sama lain. Belajar memahami kelemahan pasangan kita. Begitu juga pasangan kita, perlu belajar menerima kelemahan diri kita. Kelemahan itu banyak yang negatif..dan agak sukar untuk diterima. Manusia...tidak dilahirkan sempurna...Tetapi akan jadi sempurna jika bertemu dengan pasangan yang diciptakanNya. 

Aku punya banyak kelemahan..Aku sedar..Kadangkala aku x mampu untuk melawan kelemahan aku dan cuba menjadi sempurna di matanya. Manusia belajar dari kesilapan..walaupun kesilapan itu kadangkala berulang. Sifat manusia..mahu jadi yang paling terbaik dan sempurna di mata pasangan yang disayanginya. 
Sebab? Tidak mahu kehilangan mereka. Tidak mahu menderita. Tidak mahu menyakiti mereka. Tetapi..kita rasa kita sudah buat yang terbaik. Namun kita silap..keadaan mungkin menjadi semakin rumit. Lain orang lain fahaman..lain cara..

Memang tiada yang sempurna dan kita tidak boleh menjadi sempurna. Sebab ketidaksempurnaan itu akan disempurnakan oleh jodoh yang ditetapkan untuk kita.

Harap kamu mengerti....

Wednesday, September 11, 2013

Senang Bersendirian

Bersendirian..bukan benda yang positif...Sekarang aku lebih suka bersendirian...jauh dari teman2 seperjuangan...namun hubungan bersama keluarga & yang tersayang masih normal seperti dulu. Cuma perasaan murung mungkin bertambah..

Maafkan aku wahai teman..
Aku terpaksa mengurangkan kemesraan dengan kalian, bukan bermaksud menjauhkan diri terus. Aku lebih selesa dengan keadaan sekarang..walaupun kadangkala ia amat menyakitkan. Ada sebab sendiri mengapa berbuat demikian..

Jangan terus menghukum aku jika kalian tidak mengetahui perkara sebenar, terlalu banyak yang aku pendamkan..ingin bercerita..tetapi tidak tahu penerimaan kalian. Bila ini terjadi sebegini...terasa hanya mahu bersendirian..melakukan hal sendiri..dalam dunia sendiri. Mungkin itu lebih baik dan adil untuk semua..

This Is Real Me~!!