Thursday, September 12, 2013

Sempurnakah Kita?


Hidup ini saling melengkapi antara satu sama lain. Belajar memahami kelemahan pasangan kita. Begitu juga pasangan kita, perlu belajar menerima kelemahan diri kita. Kelemahan itu banyak yang negatif..dan agak sukar untuk diterima. Manusia...tidak dilahirkan sempurna...Tetapi akan jadi sempurna jika bertemu dengan pasangan yang diciptakanNya. 

Aku punya banyak kelemahan..Aku sedar..Kadangkala aku x mampu untuk melawan kelemahan aku dan cuba menjadi sempurna di matanya. Manusia belajar dari kesilapan..walaupun kesilapan itu kadangkala berulang. Sifat manusia..mahu jadi yang paling terbaik dan sempurna di mata pasangan yang disayanginya. 
Sebab? Tidak mahu kehilangan mereka. Tidak mahu menderita. Tidak mahu menyakiti mereka. Tetapi..kita rasa kita sudah buat yang terbaik. Namun kita silap..keadaan mungkin menjadi semakin rumit. Lain orang lain fahaman..lain cara..

Memang tiada yang sempurna dan kita tidak boleh menjadi sempurna. Sebab ketidaksempurnaan itu akan disempurnakan oleh jodoh yang ditetapkan untuk kita.

Harap kamu mengerti....

No comments: