Tuesday, May 7, 2013

Saya Sayang Malaysia!!

*sistem tengah down..curi masa nk update sesuatu dalam blog*

Alhamdulillah... PRU 13 05/05/13 telah pun selesai..
Agak excited sebab 1st time aku mengundi. Masih ada lagi baki dakwat yang melekat pada jari, bukti menunjukkan aku sudah menunaikan tanggungjawab..
Selangor pula umumkan cuti umum pada hari Isnin..memang sangat2 seronok sebab dapat duduk kampung lama sikit. Dah la jarang balik..kesempatan ni diambil untuk berehat lama sikit.

Bila lihat dalam FB..masing2 duk tayang jari..hehe...tapi ada juga insan2 yang nak tunjuk pandai / perlekehkan SPR (i dont know) tunjuk jari dah bersih. Bagi aku macam kamu semua xde keja pulak nak buat semua tu. Memang la dakwat akan hilang bila abis je ngundi balik rumah terus tenyeh kasi hilang. Seakan tidak berpuas hati je..ish2..

Sewaktu keputusan diumumkan (x tengok abis sebab mengantuk), kerajaan BN sekali lagi diberi kepercayaan untuk memerintah. Memang masih ramai yang mempercayai kepimpinan mereka. Memang x dinafikan masa proses pengundian aku agak bengang dengan orang2 bawahan mereka, hampir membuang rasa kepercayaan aku terhadap mereka. Tetapi, jangan disebabkan nila setitik..rosak susu sebelanga. Abah aku pesan...ini semua untuk anak cucu kita..anak abah xde yang tidak tetap pendirian..baik abah..huhu..

Cuma sedikit rasa ketakutan, apabila lihat banyak kerusi telah diambil oleh pihak pembangkang, dari parti bukan melayu. Dari situ aku merasa takut..jika tidak berhati-hati...nasib bangsa aku mungkin akan terjejas.Mungkin hilang? Kita tidak tahu kan...Semoga kerajaan yang baru dibentuk ini akan memerintah secara adil..Congrats Tuk Najib..masih menjadi PM untuk Malaysia.. ;)


*harap-harap tiada kekecohan berlaku*

No comments: