Friday, March 15, 2013

Berkecil Hati?? Elakkan..


Pernahkah anda merasa berkecil hati kepada seseorang? Suatu soalan yang sememangnya tidak harus dilontarkan di sini. Seorang yang dikatakan lahir sebagai manusia normal seharusnya punya rasa ini. Bukan namanya manusia kalau tidak pernah berkecil hati.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula yang bergelar status manusia. Makhluk yang dilimpahi dengan berencam rasa dan emosi. Antara rakan dan taulan, saudara-mara atau pun adik-beradik sudah tentunya lagi. Pokoknya di sini, mengapa mesti berkecil hati?
Pelbagai teori boleh dijelaskan di sini demi merungkai satu-persatu psikologi manusia yang sering dan mudah untuk merasa berkecil hati. Jelasnya, tidak semua manusia mudah untuk berkecil hati. Ada orang begitu selamba sahaja walaupun ditimpa pelbagai cemuhan dan perkara yang menyakitkan hati.
Ada pula yang baru sahaja tidak diberikan perhatian, baru sahaja dipinggirkan oleh rakan sudah memuncungkan mulut sedepa, berkecil hati tidak sudah-sudah. Ya, mengkaji sejauh mana tahap perasaan manusia normal untuk berkecil hati ini memang menarik, walaupun kekadang itu terlalu sukar untuk ditafsirkan.
Kepada mereka yang mudah sangat berkecil hati itu, selalulah anggap bahawa setiap yang berlaku itu sekadar mainan hidup. Kalau susah sangat pun hendak menerimanya, anggap sahaja itu datangnya dari Allah. Bukankah Dia yang empunya alam ini. Kita cuma peminjamnya sahaja. Mengapa hendak cuba membentak setiap aturanNya?
Sesungguhnya pada setiap orang ada dua malaikat yang menjaganya. Namun, bila takdir telah datang, kedua malaikat itu tidak mampu berbuat apa-apa, hanya mengikut takdir itu. (Ali bin Abi Talib)
Ramai antara kita yang cepat sangat untuk berkecil hati. Ya, itu memang tidak salah. Berkecil hati juga kekadang itu perlu untuk melayan rasa ketidakpuasan hati yang membuar-buar di dada. Jika tidak dikecilkan hati itu, pasti sahaja benda lebih buruk bakal berlaku. Gelombang Tsunami kedua barangkali. Berkecil hati itu bukankah juga salah satu daripada sifat normal seorang manusia. Jadi, biasalah kalau anda juga punya rasa kecil hati.
Kadang-kadang orang mudah berkecil hati lantaran nilai ‘privacy’ mereka diceroboh. Ya, dalam situasi dan hal ini, amatlah perlu untuk anda merasakan marah, benci dan geram. Berkecil hati sudah tentulah bukan. Nasihat ikhlas daripada saya, apabila ini berlaku kepada anda, jangan cukup sekadar berkecil hati, tetapi zahirkanlah rasa anda itu kepada mereka. Katakan sahaja, “Aku tak suka kau masuk tahu hal privacy aku. Aku kecik hati tau, tak suka!!!” Ha, kan senang. Lepas semua yang ada di dalam dada itu.
p/s : Semoga yang membaca mendapat manfaat. Jangan mudah berkecil hati. Dan kalau hendak sangat pun berkecil hati, pastikan ada nanti yang datang memujuk… ^_^

** Sejak dua menjak ni..ade jugak berkecil hati dengan orang sekeliling..mungkin benda ini terjadi akibat dari diri sendiri..manelah tau kan..buat masa ni..ambil tindakan dengan tidak pedulikan hal sekeliling..ambil tahu hal sendiri je..itu mungkin lebih baik.. :) 
Sumber ambil di sini

No comments: